English | Bahasa Melayu

Tingkatkan tahap skor MUET anda

Sunago English Skills with MUET Preparation merupakan kursus intensif atas talian selama 6 minggu yang bertujuan untuk membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET). Strategi dan amalan kursus akan membantu pelajar menangani empat komponen peperiksaan, iaitu Mendengar, Lisan, Membaca dan Menulis. Kandungan kursus adalah berdasarkan kepada piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR), tahap B1 dan B2, yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bersedia untuk MUET sambil meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda

Kursus ini dibangunkan untuk membantu pelajar bersedia untuk Malaysian University English Test (MUET) yang menguji empat komponen:

MENDENGAR

Komponen mendengar MUET membawa wajaran 15%. Setelah menjalani kursus ini, pelajar akan dapat mendengar secara kritis dan menilai maklumat mengenai pelbagai teks lisan seperti ceramah, taklimat, dan perbualan.

BERTUTUR

Komponen bertutur terdiri daripada 2 unsur: persembahan individu dan perbincangan secara kumpulan dan membawa wajaran 15%. Selepas menjalani kursus ini, pelajar akan dapat bertutur dengan yakin dalam persembahan individu dan perbincangan kumpulan mengenai isu-isu semasa.

MEMBACA

Komponen membaca membawa wajaran yang paling tinggi, sebanyak 40% bagi keseluruhan peperiksaan MUET. Kursus ini akan membantu pelajar memahami pelbagai jenis teks bacaan yang berbeza tahap dan kerumitan.

MENULIS

Komponen menulis membawa wajaran yang kedua paling tinggi, iaitu 30% daripada pemarkahan keseluruhan. Setelah menjalani kursus ini, pelajar akan dapat mentafsir maklumat dan mengarang pelbagai jenis teks dengan betul.

Manfaat

Kursus persediaan intensif dan cepat untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan MUET.

Pelajar boleh mengakses kursus atas talian bila-bila masa dan di mana-man tempat sahaja melalui Internet.

Guru atas talian berpengalaman sedia untuk membimbing dan memudahkan pembelajaran sepanjang kursus.

Peserta Kursus yang disasarkan

Pelajar yang sedang membuat persediaan untuk peperiksaan MUET (Tingkatan 6 dan Pelajar Kolej).

Syarat-syarat Penyertaan

Mempunyai komputer peribadi atau komputer riba dan akses Internet jalur lebar (dengan kelajuan tidak kurang daripada 2Mbps).

Bagaimanakah proses penyertaan?

  1. Mendaftar dan mengakses kursus melalui SunagoLearn.
  2. Akses pelajaran dan aktiviti Minggu 1.
  3. Guru atas talian akan sedia untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pelajar sepanjang kursus.
  4. Pelajar juga akan terlibat dalam sesi perbincangan kumpulan secara langsung dengan guru serta rakan-rakan sekursus untuk mensimulasikan komponen lisan MUET.
  5. Kandungan pelajaran baru akan didedahkan setiap minggu.