English | Bahasa Melayu
Kursus ini dibangunkan untuk membantu pelajar bersedia untuk Malaysian University English Test (MUET) yang menguji empat komponen:
MENDENGARKomponen mendengar MUET membawa wajaran 15%. Setelah menjalani kursus ini, pelajar akan dapat mendengar secara kritis dan menilai maklumat mengenai pelbagai teks lisan seperti ceramah, taklimat, dan perbualan. |
|
BERTUTURKomponen bertutur terdiri daripada 2 unsur: persembahan individu dan perbincangan secara kumpulan dan membawa wajaran 15%. Selepas menjalani kursus ini, pelajar akan dapat bertutur dengan yakin dalam persembahan individu dan perbincangan kumpulan mengenai isu-isu semasa. |
|
MEMBACAKomponen membaca membawa wajaran yang paling tinggi, sebanyak 40% bagi keseluruhan peperiksaan MUET. Kursus ini akan membantu pelajar memahami pelbagai jenis teks bacaan yang berbeza tahap dan kerumitan. |
|
MENULISKomponen menulis membawa wajaran yang kedua paling tinggi, iaitu 30% daripada pemarkahan keseluruhan. Setelah menjalani kursus ini, pelajar akan dapat mentafsir maklumat dan mengarang pelbagai jenis teks dengan betul. |
Kursus persediaan intensif dan cepat untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan MUET.
Pelajar boleh mengakses kursus atas talian bila-bila masa dan di mana-man tempat sahaja melalui Internet.
Guru atas talian berpengalaman sedia untuk membimbing dan memudahkan pembelajaran sepanjang kursus.
Pelajar yang sedang membuat persediaan untuk peperiksaan MUET (Tingkatan 6 dan Pelajar Kolej).
Mempunyai komputer peribadi atau komputer riba dan akses Internet jalur lebar (dengan kelajuan tidak kurang daripada 2Mbps).